Cetak T-shirt


Apakah Cetakan Heat Transfer?

Cetakan Heat Tansfer adalah kaedah pemindahan corak kepada material yang diingini dengan menggunakan haba yang bersuhu tinggi. Material yang sesuai untuk dicetak termasuklah kain cotton, polyester, nylon, canvas, jeans, kulit dan sebagainya

Dakwat dan Material
Cetakan Heat Transfer memerlukan dakwat cetakan yang istimewa seperti Sublimation Ink ataupun Pigment Ink. Dakwat ini direka khas bagi mengekalkan warna pada fabrik agar melekat kuat dan bertahan lama.

Mesin Heat Transfer
Mesin Heat Transfer digunakan untuk memberi tekanan kepada dakwat dan material semasa proses pemindahan dakwat ke atas material yang ingin dicetak dengan menggunakan suhu yang tinggi dan tekanan yang kuat. Proses ini penting untuk mendapatkan kualiti cetakan yang baik dan mampu bertahan lama.


Kegunaan Heat Transfer
Cetakan Heat transfer boleh diaplikasikan pada pelbagai jenis material. Selain dari fabrik, teknik cetakan ini juga boleh diaplikasikan pada kain rentang, papan tanda, seramik, papan luncur, mousepad, bag dan cetakan berskala besar.

Impak Persekitaran
Bagi mereka yang cintakan alam sekitar, cetakan ini memberi impak yang paling sedikit berbanding cetakan lain kerana teknik cetakan ini tidak melibatkan penggunaan bahan-bahan kimia yang berbentuk cecair atau pepejal. Hanya kertas pelapiknya sahaja yang perlu dibuang selepas proses cetakan.



Heat Transfer printing Vs Iron On

Apakah perbezaan antara heat transfer printing dan iron-on ?
Istilah heat transfer printing digunakan dalam industri manakala bagi mereka yang suka mencetak T-shirt secara hobi menamakannya sebagai iron-on. Konsepnya tetap sama tetapi peralatannya saja yang berlaian serta hasil dan kualiti yang berbeza. Ia biasanya digunakan untuk cetakan T-shirt warna putih atau gelap.

Kaedah heat transfer printing dalam industri menggunakan heat press machine untuk memindahkan imej dari heat transfer paper ke atas T-shirt. Kepanasan suhu dan kekuatan tekanan adalah konsisten. Dalam industri, ia menggunakan dakwat khas untuk mencetak ke atas heat transfer paper supaya ia tidak mudah luntur.

Bagi yang menggunakan cara iron-on, ia hanya melakukan dengan seterika biasa. Oleh kerana seterika tidak mampu memperolehi suhu kepanasan yang tinggi dan pergerakan seterika yang tidak tetap maka pemindahan imej dari iron-on paper ke atas T-shirt tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Tambahan pula dakwat yang digunakan lazimnya adalah untuk mencetak kertas tetapi digunakan pula untuk mencetak T-shirt, sudah tentulah ia mudah luntur selepas beberapa kali basuhan.

Bagi cetakan T-shirt berwarna, dalam industri menggunakan teknik print & cut sticker. Untuk mereka yang suka-suka buat T-shirt pula menggunakan iron-on sticker iaitu sejenis sticker polimer yang biasanya dalam saiz empat segi atau digunting mengikut rekabentuk. Sebenarnya sticker ini tidak mempunyai perekat yang kuat, oleh itu seterika perlukan kepanasan yang tinggi bagi mencairkan bahagian bawah sticker untuk menghasilkan perekat. Bagi mereka yang kurang arif, kepanasan seterika yang rendah menyebabkan sticker kurang melekat manakala kepanasan yang terlalu tinggi akan mencairkan sebahagian besar sticker dan seolah-olah terbakar. Risikonya sticker sering terkopek terutamanya di setiap penjuru yang tajam dan mudah pecah secara melintang.






No comments:

Post a Comment